Wednesday, December 10, 2014

TEKNIK BERFIKIR BERSUARA

TEKNIK BERFIKIR BERSUARA

     Teknik berfikir bersuara yang merupakan teknik membaca secara kritikal ini lebih dikenali sebagai “Think-Aloud”. Teknik ini digunakan untuk meningkatkan pemahaman pelajar ketika membaca dan mampu mewujudkan kemahiran berfikir secara kritikal kepada pelajar itu sendiri. Teknik ini memerlukan penglibatan pelajar untuk membincangkan perkara yang berlaku di dalam minda mereka semasa pelajar membaca sesuatu bahagian dalam teks. Proses ini mendedahkan strategi yang digunakan oleh pelajar semasa mereka membaca. Teknik ini juga hampir sama dengan bacaan mekanis (bersuara). 
               Teknik membaca yang disampaikan oleh guru perlulah jelas bagi menghasilkan proses pemikiran secara kritikal dalam diri pelajar bagi memproses makna yangdisampaikan terutamanya ketika sesi menjawab soalan. Terdapat beberapa faktor teknik  berfikir bersuara ini dipilih oleh guru dalam proses P&P berikutan kelebihan dan kekurangan perlaksanaan tersebut. Selain itu, terdapat juga cadangan aktiviti yang boleh diaplikasikan oleh guru dalam menggunakan teknik ini secara tidak langsung.

    Faktor dan Perlaksanaan Teknik Berfikir Bersuara dalam Pengajaran dan Pengajaran di dalam Kelas


       1) Mengenal pasti pelajar yang tidak tahu membaca.

      Melalui perlaksanaan teknik ini, guru dapat mengenal pasti secara jelas mengenai pelajarnya yang mengalami masalah untuk membaca. Pelajar biasanya suka membaca secara senyap dan menghadapi masalah dalam menyelesaikan soalan yang dikemukakan. 

                Dalam teknik ini, guru akan menjadi model dan panduan kepada pelajar dalam proses membaca. Guru akan membaca secara kuat dan jelas untuk membantu pelajar menyebut semula perkataan tersebut. Pelajar juga membaca dengan menggunakan yang sesuai dan menarik untuk meningkatkan pemahaman mereka.

     2)Meningkatkan kefahaman pelajar
    
     Minda pembaca akan bertindak memproses maklumat yang dibaca untuk menghasilkan makna yang boleh difahami. Sekiranya pembaca membaca petikan secara laju, otak mungkin tidak dapat memproses keseluruhan maklumat yang dibaca tadi. Pembacaan yang kuat di dalam kelas akan mendorong pelajar untuk membaca dengan kelajuan yang sederhana. 

                 Pembaca akan dapat melihat,menyebut, memahami dan memproses perkataan yang dibaca dengan mudah dan berkesan. Pelajar dapat memberi tumpuan kepada kosa kata yang sukar, isi penting, jawapan dan sebagainya.

      3)Mengukuhkan Pemikiran Kritikal Pelajar
     
     Teknik ini digunakan untuk mengaktifkan pemikiran pelajar supaya lebih kritis, kreatif dan kritikal. Teknik ini boleh dilaksanakan dalam sesi menjawab soalan. Guru perlulah membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan untuk menjawab soalan, berkongsi dan berbincang secara kritikal untuk menghasilkan jawapan yang tepat. Pelajar perlulah memberikan jawapan secara pembentangan yang kreatif dan sekaligus dapat membantu pelajar lain untuk memahami maklumat yang disampaikan. 

           Pelajar yang tidak faham akan mengajukan soalan dan keadaan ini akan mewujudkan suasana komunikasi dua hala yang membantu pelajar mengukur tahap metakognitif mereka. Hal ini membantu pelajar menyusun strategi dan memperbaiki kelemahan diri sekiranya mereka gagal memahami maklumat yang ingin disampaikan. 





No comments:

Post a Comment