Thursday, December 4, 2014

TEKNIK MENCATAT NOTA UNTUK BELAJAR

TEKNIK MENCATAT NOTA UNTUK BELAJAR


-          Kemahiran mencatat nota dapat:
  1. Membantu murid menyediakan dan menyusun nota dengan cara yang sistematik.
  2. Menyediakan cara yang betul untuk membuat semak semula maklumat isi kandungan mata pelajaran yang telah dipelajari.
-          Peralatan asas untuk menulis nota ialah pensel dan kertas dimana kertas yang dimaksudkan perlu mudah diasing-asingkan dan dikumpulkan dalam sebuah fail supaya mudah dikeluarkan apabila dikehendaki.

-            Murid dicadangkan menggunakan sebelah muka surat kertas berukuran 8 1/2  X 11 inci, dengan lajur 3 inci di sebelah kiri muka surat. Murid boleh membuat garisan lajur sendiri kerana sukar mendapatkan kertas atau buku nota yang menyediakan lajur 3 inci di sebelah kiri muka surat.



Pensel

Kertas

Gambaran Kertas Teknik Mencatat Nota

     Langkah untuk Mencatat Nota
     
     Terdapat 3 langkah untuk mencatat nota iaitu merekod, menyusun dan langkah belajar daripada nota.



      Langkah Merekod
      
      Catatan nota diambil semasa berada dalam kuliah atau daripada guru semasa proses pengajaran dalam kelas. Kemudian, pelajar akan menambah nota tambahan hasil daripada pembacaan sendiri.

Catatan nota diambil semasa kuliah atau guru di dalam kelas untuk dicatatkan di sebelah kanan lajur 3 inci. Cara menulisnya bergantung kepada individu. Namun, penulisan harus mengikut format yang dicadangkan oleh Palmatier (1973) iaitu dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu rangka kasar dan ruang.

Rangka kasar ialah ringkasan kandungan kuliah atau maklumat yang diperoleh daripada guru manakala ruang pula ialah tempat kosong yang ditinggalkan selepas setiap rangka kasar. Jika kuliah atau maklumat yang disampaikan teratur dan mudah difahami, ruang selepas catatan rangka kasar tidak perlu banyak tetapi jika sebaliknya, ruang yang ditinggalkan selepas catatan rangka kasar perlu lebih luas kerana lebih banyak maklumat akan dimasukkan di bawah rangka kasar untuk menjelaskan kandungan tersebut.


      Langkah Menyusun
    
    Jika kuliah atau penerangan guru dalam kelas itu jelas, proses mencatat nota boleh dibuat dengan tersusun. Jika masa tidak cukup, murid perlu mencatat secara tersusun semua idea yang disampaikan sebelum terlupa. Terdapat dua langkah yang perlu dilakukan iaitu:
             
      a)      Melabel maklumat iaitu setelah selesai menyusun nota oleh guru, murid perlu melabelkan semua maklumat. Label bermaksud catatan secara ringkas yang dapat menjelaskan maklumat yang dicatatkan. Label perlu dicatatkan di sebelah kiri maklumat iaitu di sebelah kiri garis birai 3 inci dan mesti bersetentang dengan catatan maklumat asal.

        b)      Menambah maklumat iaitu murid dikehendaki menambah maklumat penting pada nota kuliah yang diperoleh daripada guru. Maklumat tambahan ini diperoleh daripada buku, jurnal atau internet. Jika ruang yang cukup disediakan semasa langkah merekod maklumat, murid tidak akan menghadapi masalah tetapi jika sebaliknya murid boleh mencatat maklumat tambahan di bahagian belakang nota. Catatan ini perlu selari dengan catatan nota yang asal.


      Langkah Belajar daripada Nota
      
      Apabila nota daripada kuliah atau nota dalam kelas dan nota daripada aktiviti membaca digabungkan dalam satu muka surat secara sistematik, murid tidak perlu menyemak semula bahan kuliah atau bahan bacaan.
Untuk tujuan belajar, murid perlu mengeluarkannya daripada fail nota tajuk yang dikehendaki. Semasa membaca, murid hanya memberi tumpuan pada sebelah kiri lajur 3 inci sahaja. Jika sukar difahami, barulah murid dapat membaca dengan pantas.

BIBLIOGRAFI

Teknik Berfikir Bersuara dan Menerap Imej (2012). Diperoleh pada 2 Disember, 2014 daripada http://www.scribd.com/doc/141644193/Teknik-Berfikir-Bersuara-Dan-Menerap Imej.
http://www.academia.edu/7167180/Modul_Keterampilan_Membaca



No comments:

Post a Comment